Tuesday, July 26, 2011

Antara Blogger, Blogging, Buat Duit Blog

Saban hari akan ada kemunculan blogger-blogger baru, ianya tidak ubah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Hal ini merupakan satu petanda dan budaya yang cukup bagus di kalangan blogger baru kerana dapat mendidik diri untuk rajin menulis serta berkongsi pendapat mahupun idea.

Sehingga kini, komuniti blogger di Malaysia sudah pun berkembang dengan begitu cepat dan semakin membesar. Malah era blogging kini juga sudah turut berubah. Banyak perubahan demi perubahan mengikut arus semasa. Begitulah juga bagi aku. Kini aku seorang blogger yang tidak pernah sangka akan turut terjebak dalam area blogging Malaysia.

Setelah hampir 5 tahun terjebak, banyak pengalaman dan cabaran yang telah aku lalui sebagai seorang blogger. Semua itu amat berguna dan bermakna bagi aku kerana dengan semua itulah aku terus berada di sini disamping ianya telah mematangkan diri aku.

Untuk menjadi seorang blogger, ianya adalah perkara yang mudah. Tapi untuk kekal berada dalam komuniti blogger, ianya memerlukan usaha yang berterusan serta kesabaran yang tinggi. Apa yang penting ialah saling hormat menghormati di kalangan blogger.

Setiap blogger tidak akan terlepas daripada untuk mencari tip-tip blogging yang terbaik. Ini kerana, tip blogging terbaik cukup penting untuk blogger memahami kaedah-kaedah terbaik semasa berblogging. Melalui tip blogging terbaik inilah akan membuatkan blogger serta blognya menjadi  semakin mantap.

Apabila blog dah mantap, banyak peluang-peluang yang akan muncul dengan sendirinya. Tidak lupa juga peluang untuk buat duit dengan blog bukanlah perkara yang mustahil lagi. Sudah ramai blogger yang berjaya buat duit dengan blog pada abad ini.

Namun untuk sampai tahap itu, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana hasilnya tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Apa yang lebih penting ialah rezeki. Jika ianya sudah menjadi rezeki kita, bersyukurlah kepadaNya.

Tuesday, November 2, 2010

Blog Sokongan Kepada Azuanrazi.com

Salam sejahtera. Entry ringkas untuk menyatakan bahawa blog dari blogspot ini merupakan blog sokongan kepada blog aku iaitu Azuanrazi.com. Memandangkan blogspot merupakan platform yang paling popular dan sudahpun dikenali, maka aku tertarik untuk menggunakan subdomain dari blogspot dengan menggunakan nama aku sendiri.

Walaupun aku sudah ada nama domain dot com sendiri, tapi blogspot ini ibarat blog sokongan kepada azuanrazi.com. Ianya sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada aku jika ingin membuat komen pada blog yang menggunakan platform blogspot. Jika ingin mendapatkan entry terkini, silalah melayari blog utama aku.

Regards;
~ Azuanrazi.com ~